Deskripsi Produk
i-Data adalah satu sistem yang dibangunkan oleh MBSJ bagi mengatasi masalah menyimpan data nombor telefon pemilik akaun cukai taksiran. Pihak Majlis mempunyai maklumat data nombor telefon pelanggan melalui pelbagai sumber namun malangnya tiada medium untuk mengumpul dan mengekstrak data-data tersebut. Sebagai contoh, nombor telefon pembayar cukai taksiran terpapar di dalam laporan bank, namun tidak dapat disuai padankan dengan pangkalan data cukai taksiran bagi tujuan hebahan dan penghantaran notifikasi tunggakan cukai melalui SMS dan WhatsApp Biz MBSJ. Sistem i-Data MBSJ dibangunkan atas prinsip mengintegrasikan data-data yang bernilai (GOLD) seperti nombor telefon. Sistem ini dapat mengumpulkan nombor telefon pelanggan secara berpusat dari pelbagai sumber bayaran seperti maklumat bank dan portal pembayaran atas talian. Sistem i-Data berupaya berhubung dengan sistem-sistem di majlis untuk menghasilkan maklumat penting kepada pelanggan seperti hebahan cukai dan lain-lain maklumat MBSJ melalui SMS dan WhatsApp Biz MBSJ.
Maklumat Tambahan
Status Projek:
Aktif
Punca Kewangan:
Pengurusan Atasan
Implikasi Kewangan:
Out Source
Jumlah:
RM 25,500.00
Pendaftaran Harta Intelek:
Hak Cipta (Copyright)
Pencapaian & Pengiktirafan:
1. Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2024: Johan Kategori Trek Ekonomi 2. Konvensyen Inovasi Awam (AINS) MBSJ 2024: Johan Penyampaian Perkhidmatan (Penciptaan) 3. Invention, Innovation & Design Exposition (iidex) 2024: Silver Award 4. Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2024: Peserta Peringkat Akhir
Status Pengkomersialan:
Aktif