1. Di manakah lokasi Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor?
Pejabat SUK Selangor terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Sultan, Seksyen 5, 40200 Shah Alam, Selangor
2. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang penyertaan Pertandingan AINS dan MPIPANS?
Borang penyertaan boleh didapati dengan dua cara:
• Menghubungi atau mengunjungi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berdekatan dengan alamat anda.
• Hadir terus ke Pejabat SUK Selangor untuk mendapatkan borang rasmi.
3. Siapakah yang layak menyertai pertandingan AINS dan MPIPANS?
Penyertaan terbuka kepada:
• AINS - Individu / orang perseorangan / penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang beroperasi di Negeri Selangor.
• MPIPANS - Jabatan / Agensi yang berstatus negeri sahaja atau Jabatan / Agensi Persekutuan yang beroperasi di negeri dan mempunyai dua (2) ‘status pelaporan’. Syarat kelayakan penuh boleh dirujuk di risalah rasmi pertandingan atau melalui PBT masing-masing.