INFO PERTANDINGAN AINS


Diterbitkan: 03 October 2025
Published

Pengenalan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS):

Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) merupakan gabungan antara Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor (diperkenalkan mulai tahun 2010) dan Program Cabaran My Innovation (diperkenalkan pada tahun 2014) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang meliputi individu / orang perseorangan / penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam mencetus idea baru yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di Negeri Selangor.

Objektif Pelaksanaan AINS adalah seperti berikut:

  1. Mengumpul maklumat produk / hasil inovasi daripada semua lapisan masyarakat di Negeri Selangor; 
  2. Mempromosi dan menonjolkan produk / hasil inovasi yang telah dihasilkan;
  3. Memberikan pengiktirafan kepada produk / hasil inovasi terbaik sebagai galakan kepada masyarakat di Negeri Selangor mengembangkan minat dan potensi yang berteraskan inovasi dan kreativiti; dan
  4. Memupuk, membudaya dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam pekerjaan dan persekitaran masyarakat di Negeri Selangor.

Struktur Pelaksanaan AINS 2026:

Mekanisme pelaksanaan AINS pada tahun 2026 adalah selari dengan Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor dan Program Cabaran My Innovation yang dijalankan pada tahun-tahun sebelum bagi memastikan objektif dan matlamat pelaksanaan program ini tercapai.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah proaktif terdapat penambahbaikan dari segi pelaksanaan bagi AINS Tahun 2026 di mana inovasi yang ingin menyertai AINS 2026 haruslah menepati tema yang telah ditetapkan. Tema AINS 2026 adalah "Kesejahteraan Negeri Selangor". Maklumat terperinci mengenai pertandingan ini terdapat dalam Garis Panduan AINS 2026, Format Laporan dan Kriteria Video Penerangan seperti yang tertera di Halaman Utama Hab metaSEL.

Borang penyertaan AINS 2026 pada tahun ini tidak lagi menggunakan kaedah manual iaitu borang fizikal. Pada tahun ini, peserta boleh mengisi borang penyertaan dengan mendaftar masuk di Halaman Utama Hab metaSEL (Log Masuk) seperti di pautan berikut: https://inovasi.selangor.gov.my/login   

Kategori Pertandingan:

Semua penyertaan akan dibahagikan kepada lima (5) kategori seperti berikut:

  1. Kategori Sektor Awam;
  2. Kategori Sektor Swasta;
  3. Kategori Akar Umbi (individu perseorangan/ komuniti);
  4. Kategori Sekolah; dan
  5. Kategori Institusi Pengajian Tinggi

Ganjaran dan Pengiktirafan:

Penyediaan ganjaran dan pengiktirafan bagi setiap kategori serta anugerah khas produk akhir terbaik adalah seperti berikut:

Johan - Piala, Wang Tunai RM 5,000.00 & Sijil Penghargaan

Naib Johan - Wang Tunai RM 3,000.00 & Sijil Penghargaan

 Tempat Ketiga - Wang Tunai RM 2,000.00 & Sijil Penghargaan

Saguhati Penyertaan - Sijil Penghargaan

Anugerah Khas Inovasi Digital Terbaik - Piala, Wang Tunai RM 2,000 & Sijil Penghargaan

Anugerah Khas Inovasi Produk Terbaik - Piala, Wang Tunai RM 2,000 & Sijil Penghargaan

Anugerah Khas Potensi Replikasi Terbaik - Piala, Wang Tunai RM 2,000 & Sijil Penghargaan

 

 https://www.selangor.gov.my/ains

 

Dikemaskini: 08 June 2026, 14:38
Dicipta: 03 October 2025
Kongsi:

Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.