Deskripsi Produk
Kira Sendiri FI Anda ialah borang kiraan fi proses pelan yang dinamakan Borang KiSFA (Kira Sendiri FI Anda) menggunakan perisian Microsoft Excel untuk menggantikan borang kiraan fi pelan dalam bentuk ‘hardcopy’. Borang KiSFA (Kira Sendiri FI Anda) yang dibangunkan mampu memudahcara untuk menyemak kiraan fi proses pelan dengan lebih berkesan dari segi penggunaannya yang lebih mudah, teratur dan seragam. Borang KiSFA dapat menjimatkan kos penggunaan kertas kerana Borang KiSFA hanya perlu diisi dan dikemukakan secara atas talian.