Penyelenggaraan Kolam Warta Luas Melalui Kaedah Pembiayaan Swasta (PFI)

Lembaga Urus Air Selangor
Tahun 2025
Lain - lain
Penyampaian Perkhidmatan

Deskripsi Produk

Dengan kaedah sumbang saran dalam daya penyelesaian masalah, ajaran pengalaman, kepakaran teknikal dan semangat serta inisiatif untuk memajukan sumber air untuk faedah komuniti setempat dan pihak jabatan, ahli-ahli kumpulansektor WATER G.telah berjaya menghasilkan inovasi sosial dalam pengurusan sumber air yang dinamakan sebagai Penyelenggaraan Kolam Warta LUAS Melalui Kaedah Pembiayaan Swasta (PF)).   Cetusan inovasi yang menarik ini adalah hasil sesi percambahan minda dan penerokaan idea-idea kreatif menggunakan beberapa kaedah dan teknik kawalan kualiti seperti Analisa Kerangka 4 Langkah E.R.R.C.Grid  dan juga cadangan kanvas strategi. Beberapa siri mesyuarat dan perbincangan bersama pihak LUAS dan pihak syarikat TC Sunergy Sdn Bhd.telah diadakan dan pelbagai aktiviti yang melibatkan komuniti setempat telah dijayakan sehingga objektif serta sasaran projek inovasi ini berjaya dicapai.   Inovasi Projek telah berhasil mengurangkan persepsi negatif terhadap status kolam Warta LUAS yang sebelum ini sering dianggap sebagai lombong terbiar berikutan tidak terurus dengan baik. Kajian tahap kepuasan hati sebelum dan selepas inovasi sosial ini mendapati peningkatan tahap kepuasan hati pelanggan dari 10% kepada 88% berbanding sasaran sebanyak 70%.   Inovasi ini telah berjaya menghapuskan kos pembangunan infrastruktur dan penyelenggaraan di sekitar kolam kerana ditanggung oleh pengusaha pembangunan ladang solar terapung. Bagi menguruskan sesebuah kolam dengan baik,ianya haruslah lengkap dengan pelbagai infrakstrutur sama ada dari segi kawalan sempadan bagi tujuan keselamatan, pengurusan paras air, pengurusan uji kaji kualiti air dan juga penyelenggaraan tahunan.   Projek ini juga telah berjaya menerapkan elemen hijau yang melibatkan pemullharaan ekosistem secara holistik dan mampan. Di antara elemen hijau yang diterapkan adalah seperti pengalakkan pembangunan ladang solar terapung yang dibangunkan oleh TC Sunergy Sdn Bhd.Pembangunan bercirikan elemen hijau,holistik dan mampan ini adalah sejajar dengan penanda aras ‘Sustainable Development Goals'(SDG) yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Maklumat Ringkas

Nama Kumpulan: WATER G
Jenis Kumpulan: Primer
Bidang Inovasi: Penyampaian Perkhidmatan
Tema: Lain - lain
Kategori Inovasi: Penambahbaikan
Tahun Penciptaan: 2025
Kategori Penyertaan: mpipans

Berminat dengan produk ini?

Sila isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda terhadap produk inovasi ini.


Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.