MYLIA (Mobile Licensing Integrated Information Apps)

Majlis Daerah Sabak Bernam
Tahun 2025
Pengurusan Maklumat
Penyampaian Perkhidmatan

Deskripsi Produk

Isu utama yang dikenalpasti adalah ketiadaan rekod pemantauan dan penguatkuasaan semasa di tapak yang memberi  implikasi negatif terhadap imej jabatan, keberkesanan tindakan penguatkuasaan, dan kepuasan pelanggan. Kajian awal termasuk soal selidik, kaedah Forced Ranking dan analisis 5W1H menunjukkan bahawa isu ini berisiko tinggi dan kerap berlaku. Oleh itu, kumpulan telah mengambil langkah membangunkan aplikasi sebagai penyelesaian menggunakan pendekatan Design Thinking (DT), dengan fasa empati, takrifan masalah, idea, prototaip dan pengujian dijalankan secara sistematik. Aplikasi inovatif ini telah diuji dua kali dan menerima pengiktirafan daripada pakar teknologi. la menunjukkan peningkatan prestasi kerja yang signifikan: penjimatan masa sehingga 73.3%, pengurangan kesilapan teknikal sebanyak 50%, keperluan tenaga kerja menurun 87.5%, dan peningkatan produktiviti sebanyak 3.75 kali ganda. Selain itu, hasil kutipan pelesenan turut meningkat 17.39% pada tahun 2024 sekaligus memberikan impak kewangan yang positif kepada MDSB. Penggunaan aplikasi juga menyumbang kepada pengurangan kerenah birokrasi dan peningkatan tahap akauntabiliti, ketelusan serta kepercayaan awam terhadap perkhidmatan MDSB.

Maklumat Ringkas

Nama Kumpulan: BOUNTY HUNTERS
Jenis Kumpulan: Primer
Bidang Inovasi: Penyampaian Perkhidmatan
Tema: Pengurusan Maklumat
Kategori Inovasi: Penambahbaikan
Tahun Penciptaan: 2025
Kategori Penyertaan: mpipans

Berminat dengan produk ini?

Sila isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda terhadap produk inovasi ini.


Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.