*SISTEM TAUDHIH AL-AHKAM

Jabatan Mufti Negeri Selangor
Tahun 2023
Sosial & Kerohanian
Sosial

Deskripsi Produk

Sistem Taudhih Al-Ahkam adalah sistem soal jawab agama yang dibangunkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi memberi peluang kepada masyarakat awam untuk mendapatkan maklumat dan menyalurkan persoalan berkaitan hukum syarak secara mudah, cepat dan tepat. Permulaannya, pengurusan soal jawab agama dilaksanakan secara manual iaitu penerimaan persoalan secara e-mel dan kemudian dicetak serta diagihkan kepada panel-panel yang terlibat. Semenjak itu, teguran demi teguran bagi menambah baik perkhidmatan diterima khususnya ketika Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP)  dan juga teguran daripada Audit Dalam MS ISO 9001:2015. Sistem soal jawab agama melalui e-mel dan diuruskan secara manual ini telah menimbulkan kelemahan yang sekiranya dibiarkan boleh mengakibatkan kepercayaan masyarakat awam ke atas perkhidmatan yang diberikan ini semakin menyusut. Antara isu yang dikenalpasti adalah Soalan lewat dijawab, Menjawab soalan yang berulang, dan Keciciran soalan. Rentetan beberapa teguran dan kelemahan tersebut, timbul cetusan idea bagi menangani permasalahan ini iaitu cadangan pembangunan aplikasi secara online semasa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) pada Oktober 2018. Sekiranya pembangunan sistem ini tidak dilaksanakan, pastinya ia akan mengundang ketidak puasan hati masyarakat awam yang akan memberi maklum balas buruk berkaitan soal jawab agama di Jabatan Mufti Negeri Selangor. Berdasarkan kepada isu-isu yang telah dikenalpasti dan maklum balas yang diterima, jabatan ini telah memberi tanggungjawab kepada Bahagian Maktabah bagi mengenalpasti punca dan mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas perkhidmatan soal jawab agama ini. Setelah melalui beberapa sesi perjumpaan dan perbincangan, Bahagian Maktabah telah memuktamatkan sistem soal jawab agama yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut Memudahkan orang awam bertanya, Mempercepatkan tempoh mendapat jawapan, dan Mewujudkan bank soalan. Selain menangani pelbagai isu yang timbul semenjak pengurusan soal jawab agama ini wujud, Sistem Taudhih Al-Ahkam diwujudkan bagi memudahkan pihak PENTADBIR untuk menjalankan fungsinya dalam memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan dalam hal-hal berkaitan Aqidah, Syari'ah dan Akhlak Islamiyyah. Sistem ini juga diwujudkan bagi memudahkan PENGGUNA untuk membuat pertanyaan berkaitan hukum syarak kepada pihak yang berautoriti selaras dengan Seksyen 45 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Projek inovasi ini disimpulkan bagi memenuhi tujuan-tujuan antaranya Memudahkan orang awam bertanya, Mempercepatkan tempoh mendapat jawapan, Mewujudkan bank soalan, Kawalan pemantauan soalan oleh urus setia, dan Memudahkan pelaporan.

Senarai Peserta (1)

# Nama Peranan Jawatan Status Email
1 KHAIRIAMRI BIN AHMAD Ketua Kumpulan N/A Aktif -
1
Aktif
Nama
KHAIRIAMRI BIN AHMAD
Peranan
Ketua Kumpulan
Jawatan
N/A

Maklumat Tambahan

Pencapaian & Pengiktirafan: Johan AINS Kategori Sektor Awam (Agensi Selain PBT dan PDT) Tahun 2023

Maklumat Ringkas

Nama Kumpulan: MUFTI AGENT HUKUM ISLAMIC RELIGION (MAHIR)
Bidang Inovasi: Sosial
Tema: Sosial & Kerohanian
Tahun Penciptaan: 2023
Kategori Penyertaan: ains

Berminat dengan produk ini?

Sila isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda terhadap produk inovasi ini.


Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.