*ROAD NETWORK DEFECT APPLICATION SYSTEM (RONDAPJ)

Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tahun 2024
Pengurusan Maklumat
Penyampaian Perkhidmatan

Deskripsi Produk

Sistem RONDAPJ ini merupakan satu inisiatif dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi memperkenalkan sistem dan cara kerja baru dalam pengurusan kerosakan bagi jalan-jalan dibawah bidang kuasa MBPJ. Sistem ini mengemukakan Modul utama iaitu modul pengesanan kerosakan jalan dengan integrasi Sistem AI (Kecerdasan Buatan). Penggunaan dan penciptaan Sistem RondaPJ ini telah menambahbaik mutu perkhidmatan Majlis dalam memastikan pengurusan infrastruktur yang lebih efektif dan berkesan. Ini terbukti dengan pelaksanaan sistem ini, tindakan pembaikan jalan berlubang (pothole) dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam selaras dengan Dasar pihak Majlis. Penambahbaikan proses penyaluran aduan untuk tindakan pihak kontraktor yang dilantik juga telah terbukti berkesan dengan penciptaan Aplikasi Android dan Iphone bagi Sistem RondaPJ dalam penyaluran dan makluman awal kepada pihak kontraktor untuk membuat perancangan serta dalam keadaan bersedia untuk melaksanakan tindakan pembaikan di tapak dengan cepat dan berkesan secara atas talian tanpa perlu menunggu laporan bertulis daripada pegawai majlis yang akan mengambil masa untuk disalurkan. Pihak kontraktor dibekal id sistem untuk memantau pengesanan jalan berlubang secara atas talian dan mengemaskini tindakan pembaikan dengan lebih pantas. Selain itu, inovasi ini juga memberikan impak kepada pelbagai pihak bukan sahaja kepada organisasi malah kepada komuniti serta Pemegang Taruh di Petaling Jaya dengan penyediaan infrastruktur yang berkualiti serta tadbir urus yang baik dan berkesan.

Senarai Peserta (1)

# Nama Peranan Jawatan Status Email
1 TS. MUHAMMAD ZUHAILI BIN ZULKIFLE Ketua Kumpulan N/A Aktif -
1
Aktif
Nama
TS. MUHAMMAD ZUHAILI BIN ZULKIFLE
Peranan
Ketua Kumpulan
Jawatan
N/A

Maklumat Tambahan

Status Projek: Aktif
Pencapaian & Pengiktirafan: - Johan AINS Sektor Awam Trek Infrastruktur Tahun 2024 - Menyertai MPIPANS pada tahun 2025

Maklumat Ringkas

Nama Kumpulan: TRAILBLAZERS
Bidang Inovasi: Penyampaian Perkhidmatan
Tema: Pengurusan Maklumat
Tahun Penciptaan: 2024
Kategori Penyertaan: ains

Berminat dengan produk ini?

Sila isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda terhadap produk inovasi ini.


Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.