Pengurusan Bantahan Cukai Taksiran Mengambil Masa Yang Lama

Majlis Perbandaran Kajang
Tahun 2025
Pengurusan Maklumat
Penyampaian Perkhidmatan

Deskripsi Produk

Objektif inovasi ini adalah bagi memudahkan pemilik harta membuat permohonan Bantahan Cukai Taksiran, menjimatkan masa dan mempercepatkan proses kerja, menambahbaik prosedur Pengurusan Bantahan Cukai Taksiran, memelihara alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas dan petrol, meningkatkan imej organisasi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) serta perkongsian hasil inovasi dengan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia. Keunikan inovasi ini dilaksanakan secara “in-house” menggunakan gabungan teknologi sedia ada dengan kebolehan dan kepakaran kakitangan sendiri dengan kos sifar (Zero cost) pelantikan vendor serta memanfaatkan sepenuhnya teknologi sediada, antaranya penggunaan kod imbas, google form, google sheet, emel dan mesyuarat dalam talian. Inovasi ini memberikan impak kepada masyarakat dengan membudayakan masyarakat ke arah celik digital, menjimatkan masa dan kos seperti kos pengangkutan untuk hadir mesyuarat, mesra pelanggan kerana hanya memerlukan peranti mudah alih sahaja (telefon pintar/tablet/komputer riba dan jaringan internet) bagi permohonan bantahan Cukai Taksiran.

Maklumat Ringkas

Nama Kumpulan: V-QUEST
Jenis Kumpulan: Primer
Bidang Inovasi: Penyampaian Perkhidmatan
Tema: Pengurusan Maklumat
Kategori Inovasi: Penciptaan
Tahun Penciptaan: 2025
Kategori Penyertaan: mpipans

Berminat dengan produk ini?

Sila isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda terhadap produk inovasi ini.


Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.