Deskripsi Produk
KLIA SMART LADDER adalah satu produk inovasi bagi menangani masalah yang wujud ketika operasi kebakaran dan penyelamatan yang mempunyai beberapa fungsi iaitu Tangga pendek mudah alih, Tangga cangkuk, Memecah siling (ceiling hooks), Penjerut binatang liar atau berbisa ditempat yang tinggi, Pengusung (Stretcher), Titi untuk melintasi atau menyeberangi parit kecil, Gergaji dahan pokok. Pengait zink atau atap rumah, dan Tangga untuk pasukan penyelamat di air menaiki Bot dalam air. Projek inovasi ini mudah dibawa untuk anggota operasi menggunakan tangga pada ruangan yang sempit ditempat kebakaran dan penyelamatan. Pengendalian tangga akan menjadi lebih efisyen diruangan yang terhad dalam bangunan dan mudah dibawa ketika menaiki tangga bangunan yang tinggi. Projek inovasi ini juga sebagai satu inovatif melancarkan proses awal sesuatu operasi pemadaman atau penyelamatan kerana dengan seorang tenaga kerja sahaja dapat mengoptimiskan tugasan dan anggota melaksanakan lain-lain tugasan kerja atau peralatan.
Maklumat Tambahan
Pencapaian & Pengiktirafan:
Naib Johan II AINS Kategori Sektor Awam (Agensi Selain PBT dan PDT) Tahun 2023