Deskripsi Produk
Aspek pengurusan kubur seringkali dipinggirkan dari fokus masyarakat. Keadaan ini menjadikan Majlis Bandaraya Shah Alam mengambil langkah proaktif untuk menambahbaik tadbir urus perkhidmatan pengkebumian dan kubur sejajar menjadikan Shah Alam bandaraya lestari. Isu kesukaran waris untuk mencari lot kubur serta perubahan era ‘cashless’ mendorong idea perubahan proses kerja manual kepada sistem. Ia diperkukuh dengan penyediaan kod QR khas bagi kemudahkan pengguna. Objektif projek ke arah mendidik warga Shah Alam menjadi warga celik IT serta pendigitalan maklumat simati melalui sistem khas iPusara. Objektif kedua adalah ke arah memudahkan bayaran atas talian (‘online’) dalam proses pengkebumian dan tempahan van jenazah. Ianya sangat bertepatan dengan pembangunan lestari dan teknologi hijau dalam sistem infrastruktur MBSA. Pada masa sama, proses inovasi ini telah mempermudahkan kakitangan yang terlibat di dalam menguruskan tadbir urus kubur. Idea inovasi ini bertujuan menggantikan buku log daftar kematian yang sebelum ini digunapakai untuk mendaftar dan mencari lot kubur. Keadaan ini menyebabkan wujud kesukaran membuat carian semula, disamping isu-isu lain seperti tulisan tidak jelas, tidak efektif, sukar, mengambil masa dan pelbagai masalah lain. Dampak dari penambahbaikan inovasi yang dilaksana telah memudahkan waris melancarkan proses pengkebumian jenazah. Kesimpulannya sistem iPusara ini diharapkan dapat diseragamkan di seluruh negara bagi membantu pihak pengurusan majlis meningkatkan tabdirurus kubur yang lebih baik untuk kemaslahatan umum.
Maklumat Tambahan
Status Projek:
Aktif
Pencapaian & Pengiktirafan:
- Naib Johan MPIPANS Kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan) Tahun 2025