Deskripsi Produk
MPHS GO 2.0 ialah aplikasi yang bersifat one stop center yang telah di buat penjenamaan semula kepada MPHS GO versi 2.0 (MPHS GO 2.0) dimana aplikasi ini adalah sebagai satu aplikasi yang boleh digunakan oleh semua penduduk Hulu Selangor dan tidak tertumpu kepada pelanggan MPHS sahaja. Antara perkhidmatan yang akan dinikmati oleh pengguna MPHS GO 2.0 ini adalah urusan pembayaran bil cukai taksiran, permohonan lesen perniagaan, aduan secara atas talian, tempahan dewan dan banyak lagi termasuk urusan atas talian daripada agensi yang lain.