Sistem Pengurusan Bencana (DMS)

Pejabat Daerah dan Tanah Klang
Tahun 2022
Pengurusan Maklumat
Penyampaian Perkhidmatan

Deskripsi Produk

Sistem Pengurusan Bencana (DMS) merupakan satu sistem pengurusan maklumat bencana yang dibangunkan bagi memudahkan mangsa bencana untuk memohon bantuan bencana dalam talian seperti di alamat url berikut https://dms-klang.selangor.gov.my/mohon. Sistem ini juga diperluas fungsinya di mana terdapat pautan berkaitan dengan agensi-agensi keselamatan yang terlibat dengan pengurusan bencana, data-data aset agensi serta talian perhubungan kecemasan yang boleh dihubungi oleh mangsa bencana alam. Melalui sistem DMS ini, setiap mangsa boleh membuat permohonan bantuan bencana melalui Pejabat Daerah dan Tanah Klang (PDT Klang) secara dalam talian. Melalui kaedah ini permohonan adalah telus kerana, setiap permohonan dalam talian akan di buka mengikut bencana alam yang berlaku di sesuatu kawasan dan pemohon sendiri yang mengisi data atau maklumat ke dalam sistem tersebut. Dengan ini tohmahan dari pihak warga maya bahawa permohonan dibuang atau disorok atau dihilangkan oleh pegawai atau kakitangan PDT Klang atau dakwaan bahawa pegawai dan kakitangan PDT Klang bias dalam memproses permohonan dapat ditepis sama sekali. Secara tidak langsung, kesesakan di pejabat dan talian telefon PDT Klang dapat dikurangkan dan pemohon boleh menyemak status permohonan dalam talian. Melalui sistem ini juga, urus setia dapat mengumpul data penduduk dan kawasan yang kerap kali dilanda banjir. Data-data yang diperolehan melalui sistem ini akan digunakan untuk penambahbaikan atau pembangunan modul baharu di dalam sistem ini pada masa akan datang

Maklumat Tambahan

Status Projek: Aktif
Implikasi Kewangan: Out Source
Jumlah: RM 49,950.00
Pencapaian & Pengiktirafan: 1. Telah menyertai Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor pada tahun 2024
Status Pengkomersialan: Tak Aktif

Maklumat Ringkas

Nama Kumpulan: GENOVA (GENERATION OF INNOVATION)
Bidang Inovasi: Penyampaian Perkhidmatan
Tema: Pengurusan Maklumat
Tahun Penciptaan: 2022
Kategori Penyertaan: produk_inovasi

Berminat dengan produk ini?

Sila isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda terhadap produk inovasi ini.


Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.