DRIV-PORTAL (Pengurusan Data Kitar Semula Pintar, Digital & Bersepadu)

Majlis Bandaraya Diraja Klang
Tahun 2025
Pengurusan Maklumat
Sosial

Deskripsi Produk

Dunia teknologi kini semakin maju ke hadapan dengan pelbagai cara menarik dengan kemunculan teknologi baharu. Driver Portal System ditubuhkan bagi penambahbaikan keberkesanan operasi harian, pemantauan kutipan pasukan pemungutan, analisis data penyertaan, penghargaan anugerah kepada penduduk dalam membuat pengasingan sisa daripada rumah.

Sistem ini tercetus apabila pihak jabatan dan syarikat panel mengalami kesukaran bagi operasi harian, pemantauan kutipan pasukan pemungutan dilokasi, analisis data penyertaan dan peningkatan aduan penduduk. Pihak Pengurusan Tertinggi telah mencadangkan bagi mewujudkan satu sistem pemantauan dan penganalisis data yang mudah, cepat dan tepat bagi menggalakan kesedaran berkaitan pentingnya kitar semula dikalangan warga klang, mengurangkan sisa sampah ke tapak pelupasan, mengumpul data tonnage kitar semula.

Projek Driver Portal System terbukti lebih efektif dalam pemantauan dan pengumpulan data penyertaan pengasingan sisa daripada rumah. Sistem ini dapat memudahkan pemantauan dan pengumpulan data secara atas talian dan penjimatan masa serta kos tenaga kerja serta meningkatkan kecekapan kerajaan dalam proses pendigitalan yang kreatif dan berinovasi merentasi sektor awam dan rakyat.

Maklumat Ringkas

Nama Kumpulan: DRIV-PO
Jenis Kumpulan: Hibrid
Bidang Inovasi: Sosial
Tema: Pengurusan Maklumat
Kategori Inovasi: Penambahbaikan
Tahun Penciptaan: 2025
Kategori Penyertaan: mpipans

Berminat dengan produk ini?

Sila isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda terhadap produk inovasi ini.


Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.