Deskripsi Produk
Projek meningkatkan penyertaan komuniti dalam Program Kitar Semula menerusi konsep Extended Producer Responsibility (EPR) telah meningkatkan keberkesanan penyertaan mengitar semula komuniti menerusi perkongsian di PJU 1A dan PJU 9. Potensi penambahbaikan projek ini adalah bersedia menjadi model Majlis untuk perkhidmatan kutipan barangan kitar semula di seluruh kawasan pentadbiran pada masa depan dan mengiatkan lagi perhubungan dan usahsama dengan sektor swasta dalam program 3R dan kemasyakatan lain.
Maklumat Tambahan
Pendaftaran Harta Intelek:
Tanda Dagangan (Trademark)
Pencapaian & Pengiktirafan:
Peringkat Negeri : 1. Johan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tahun 2022 - Kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan) 2. Anugerah Khas Dokumentasi Terbaik Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tahun 2022 3. Anugerah Khas Projek Hibrid Terbaik Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tahun 2022