Deskripsi Produk
PSYCH-EASE APP dibangunkan bagi menangani beban kerja pentadbiran dalam bidang psikiatri, terutamanya yang melibatkan pengumpulan data secara manual, penyediaan jadual tugas secara tradisional, serta masalah komunikasi yang kurang berkesan. Justeru itu, penyelesaian yang komprehensif diperlukan bagi memperkemas proses kerja, menyepadukan komunikasi, dan mengurus data pesakit dengan lebih efisien. Oleh itu, PSYCH-EASE APP merupakan sebuah aplikasi pengurusan pesakit dan komunikasi yang khusus yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ia direka khas untuk meningkatkan kecekapan operasi dalam persekitaran penjagaan kesihatan psikiatri dengan menyediakan satu platform bersepadu bagi pengurusan maklumat, komunikasi antara pasukan, dan pemantauan rawatan pesakit secara sistematik.
Maklumat Tambahan
Pencapaian & Pengiktirafan:
Johan AINS Sektor Awam Trek Sosial Tahun 2024