Deskripsi Produk
Sistem i-Data merupakan sebuah inisiatif digital yang dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi menangani isu berkaitan kekurangan maklumat nombor telefon pelanggan, khususnya untuk tujuan pengutipan tunggakan cukai taksiran. Sistem ini direka bentuk bagi menyelaras dan menggabungkan data pelanggan daripada pelbagai sumber, termasuk penyata bank dan portal pembayaran dalam talian, bagi memastikan maklumat yang diperoleh adalah tepat dan terkini. Melalui sistem i-Data, maklumat nombor telefon pelanggan dapat disimpan dan diurus secara sistematik. Selain itu, sistem ini turut berfungsi untuk mengemas kini jumlah tunggakan cukai taksiran pelanggan secara automatik, menjadikan proses pemantauan dan tindakan susulan lebih efisien. Antara kelebihan utama sistem ini ialah penjimatan sumber manusia melalui pengurangan keperluan untuk proses manual, serta pengurangan kos operasi seperti cetakan dan pengeposan bil cukai. Secara tidak langsung, ia meningkatkan kecekapan kerja kakitangan MBSJ dan mempercepatkan tindakan pengutipan hasil, selaras dengan hasrat majlis untuk memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efektif dan responsif.
Maklumat Tambahan
Pencapaian & Pengiktirafan:
Johan AINS Sektor Awam Trek Ekonomi Tahun 2024