*LAND INFORMATION DYNAMIC INTEGRATED (LIDI)

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat
Tahun 2024
Pengurusan Maklumat
Penyampaian Perkhidmatan

Deskripsi Produk

Sistem Land Information Dynamic Integrated (LIDI) dibangunkan bagi menangani isu ketidakpadanan maklumat antara petak yang tertera di dalam bil cukai taksiran dengan nombor bangunan dan alamat sebenar hartanah. Dalam kebanyakan kes, pelanggan hanya membawa dokumen SNP ketika berurusan, namun tidak mengetahui nombor akaun cukai petak mereka. Keadaan ini menyukarkan proses semakan dan boleh menyebabkan ralat dalam pengesanan maklumat. LIDI bertindak sebagai sistem penyelesaian yang menyepadukan data berkaitan hartanah secara dinamik dan tepat. Kelebihan utama sistem ini termasuklah kemudahan kepada pengguna dalam mendapatkan maklumat yang tepat, penyepaduan data daripada pelbagai sumber, pengoptimuman proses kerja dalaman, serta penyumbangan kepada kemampanan kewangan pihak berkuasa tempatan. Antara impak luar jangka positif daripada pelaksanaan sistem ini ialah peningkatan hasil kutipan cukai bagi kerajaan negeri serta pengurangan liabiliti kewangan isi rumah. Ini dicapai melalui pengurangan tunggakan cukai dan yuran yang sering berlaku akibat kekeliruan maklumat dan kelewatan bayaran. Secara keseluruhannya, LIDI merupakan satu langkah proaktif ke arah digitalisasi sistem pengurusan maklumat hartanah yang lebih efisien, telus dan mesra pengguna.

Senarai Peserta (1)

# Nama Peranan Jawatan Status Email
1 NUR HAFIZAH BINTI AHMAD PUZI Ahli N/A Aktif -
1
Aktif
Nama
NUR HAFIZAH BINTI AHMAD PUZI
Peranan
Ahli
Jawatan
N/A

Maklumat Tambahan

Status Projek: Aktif
Punca Kewangan: Pengurusan Atasan
Pencapaian & Pengiktirafan: 1. Naib Johan AINS - Sektor Awam (Trek Sosial) Tahun 2024   2. Penghargaan Daripada Joint Management Body (JMB)   3. Penghargaan daripada Ketua Jabatan & Pengurusan Tertinggi   4. Tempat pertama- Kategori Sektor Awam Majlis Anugerah Inovasi Negeri Selangor peringkat Majlis Perbandaran Kuala Langat   5. Naib Johan Reruai Berkualiti (Majlis Anugerah Inovasi Negeri Selangor peringkat Majlis Perbandaran Kuala Langat) pada 22 Julai 2025   6. Pengiktirafan daripada Panel Penilai Pengauditan Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Tahun 2023 (BEST PRACTISE)
Status Pengkomersialan: Tak Aktif

Maklumat Ringkas

Nama Kumpulan: KUMPULAN CETI
Bidang Inovasi: Penyampaian Perkhidmatan
Tema: Pengurusan Maklumat
Tahun Penciptaan: 2024
Kategori Penyertaan: ains

Berminat dengan produk ini?

Sila isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda terhadap produk inovasi ini.


Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.