Deskripsi Produk
ADL (Activity of Daily Living) cabinet system telah dibangunkan sebagai lanjutan kepada penggunaan conventional manipulation board yang terdapat di pusat-pusat rehabilitasi. Tujuan utama pembangunan kabinet ini adalah sebagai medium untuk penilaian dan latihan kepada pesakit selepas strok di mana ia membantu ahli terapi untuk merancang rawatan seterusnya kepada pesakit dalam masa yang sama menjanjikan proses pemulihan yang lebih cepat. Aktiviti yang terdapat pada ADL cabinet system terdiri daripada menghidupkan suis domestik, membuka dan mengeluarkan item dari laci, menggunakan kunci untuk membuka pintu dengan memusing tombol pintu, memutar tuil paip air, memberus gigi, menggunakan sudu untuk makan, menggunakan sikat untuk menyikat rambut, memasang dan menanggalkan palam soket 3 pin dan memusing pengatur kipas domestik. Ia dilengkapi dengan pelbagai sensor seperti inertia measurement unit (IMU), daya tekanan, encoder, pengukur jarak dan microcontroller Arduino ESP32 Wrover B untuk mengukur parameter pesakit semasa melakukan aktiviti. ADL cabinet system direka selaras dengan penilaian Motor Activity Log (MAL); salah satu sistem penilaian yang telah diterimapakai. ADL cabinet system juga dilengkapi dengan fungsi Internet of Things (IoT) untuk membenarkan fungsi telerehabilitasi, di mana pesakit boleh melakukan terapi di rumah dan hasilnya boleh dipantau oleh penyedia kesihatan di hospital atau pusat rehabilitasi.
Maklumat Tambahan
Pencapaian & Pengiktirafan:
Naib Johan I AINS Kategori Institut Pengajian Tinggi Tahun 2023