Deskripsi Produk
Secara amnya Pangkalan Data ini digunakan untuk menyimpan serta merekod semua maklumat prestasi kontraktor yang melaksanakan perolehan di MBSJ. Data-data tersebut tersebut digunakan bagi tujuan tertentu seperti penyediaan laporan penilaian tender, sebut harga dan sebaginya. Dianggarkan lebih 400 maklumat prestasi kontraktor sepatutnya diterima setiap tahun. Walau bagaimanapun hanya 200 maklumat prestasi yang dikemaskini iaitu sebanyak 50% dan selebihnya tidak dikemaskini. Pemerhatian mendapati data prestasi kontraktor sukar untuk didapati dan diterima daripada jabatan dalaman di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). Hal ini berpunca daripada kaedah sediada iaitu penilaian prestasi dilaksanakan secara manual dengan mengisi borang dan kelewatan dalam mengemukakan maklumat prestasi mengakibatkan maklumat-maklumat tersebut tidak menepati kehendak pelaksanaan piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Ciptaan inovasi yang praktikal ini adalah sebagai platform kepada kakitangan di MBSJ untuk menilai prestasi yang mana dapat mengurangkan tempoh masa, menjimatkan penggunaan kertas dan mudah diakses secara atas talian. Hasil pelaksanaan sistem ini telah berjaya memberi manfaat kepada banyak pihak khususnya kakitangan MBSJ juga menerima impak yang sangat positif. Kumpulan D’BRAIN mensasarkan untuk menambahbaik penggunaan sistem ini dari masa ke semasa supaya produk ini lebih efisien dan memberi manfaat kepada pengguna dan MBSJ.
Maklumat Tambahan
Status Projek:
Aktif
Punca Kewangan:
Pengurusan Atasan
Implikasi Kewangan:
Out Source
Jumlah:
RM 150,000.00
Pencapaian & Pengiktirafan:
1. Penyertaan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2024 2. Penyertaan Konvensyen Inovasi Awam (KIA) MBSJ 2024 3. Tempat Ke-3: Konvensyen Inovasi Awam (KIA) MBSJ 2024, Kategori Penyampaian Perkhidmatan (Penciptaan)
Status Pengkomersialan:
Tak Aktif