Deskripsi Produk
Penghasilan bio fuel dan bio fertilizer adalah hasil daripada penciptaan satu mesin yang dipanggil sebagai CA2F (Carbon To Fuel). Melalui mesin ini sisa plastik akan dipanaskan dan dikondensasikan dan akan melalui proses pyrolysis untuk menghasilkan bio fuel dan bio fertilizer. Penghasilan mesin ini ia telah berjaya menghasilkan kaedah penyelesaian alternatif penggunaan bahan api yang kerap digunakan oleh MPSepang melalui penggunaan mesin pemotong rumput, mesin fogging dan mesin-mesin lain yang menggunakan bahan api sebagai bahan asas untuk dihidupkan. Mesin CA2F (Carbon To Fuel juga dapat menghasilkan baja (Bio Fertilizer) yang telah terbukti dapat menyuburkan tanah seterusnya menghasilkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan bermutu tinggi.
Maklumat Tambahan
Pendaftaran Harta Intelek:
Hak Cipta (Copyright)
Pencapaian & Pengiktirafan:
- Menyertai Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Tahun 2022 - Peringkat Negeri : Naib Johan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tahun 2022