Deskripsi Produk
Pembangunan Komuniti Berdaya : Modul Projek Komuniti Agro ialah modul hasil usahama pihak Majlis dalam memastikan inisiatif projek komuniti agro dapat dijalankan secara lebih berkesan dan terancang. Panduan yang mudah diikuti dan difahami oleh pihak pengguna terutamanya komuniti yang ingin memulakan dan menjalankan projek komuniti agro secara berkumpulan berdasarkan keadaan semasa. Modul ini merupakan modul yang dibangunkan khas bagi tujuan panduan dalam melahirkan komuniti yang mesra eko dan hijau dan memastikan pengguna mendapat akses yang lengkap dalam memastikan perlaksanaan penyediaan projek komuniti agro yang diusahakan secara bersama oleh komuniti dapat dibuat dengan lebih teratur dan efisyen.
Maklumat Tambahan
Pendaftaran Harta Intelek:
Hak Cipta (Copyright)
Pencapaian & Pengiktirafan:
Peringkat Negeri : Tempat Ketiga Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tahun 2022 - Kategori Inovasi Sosial (Penciptaan)