Deskripsi Produk
SDg- Beat adalah hasil integrasi antara sistem digital sedia ada iaitu e-lesen, e-kompoun, i-pay dan i-portal. Menjadikan model bidaan JPJeBId sebagai penandaaras, sistem ini dapat membantu pihak Majlis dalam menambahbaik prosedur kerja bagi permohonan permit bazar perayaan secara atas talian. Outcome projek ini ialah kumpulan berjaya menghasilkan satu kaedah bidaan yang telus dan berintegriti dimana setiap proses dipantau oleh pihak bertauliah seperti Bahagian Audit Dalam dan Unit Integriti MBDK. Keunikan projek ini adalah ianya adalah idea yang julung-julung kali digunakan bagi pemilihan petak bazar perayaan. Kaedah bidaan ini boleh dijadikan rujukan oleh PBT seluruh Malaysia bagi permohonan bazar perayaan. Faedah luar jangka yang diperoleh ialah kaedah undian ini telah dicadangkan oleh Datuk Bandar MBDK untuk diperluaskan kepada penyewaan ruang sewa gerai Pasar Borong Meru, Klang.
Maklumat Tambahan
Status Projek:
Aktif
Punca Kewangan:
Pengurusan Atasan
Implikasi Kewangan:
In House
Pendaftaran Harta Intelek:
Hak Cipta (Copyright)
Pencapaian & Pengiktirafan:
1. Naib Johan (Sektor Awam), Konvensyen ICC/KIK Malaysia dan Penarafan Emas 3 Bintang Tahun 2023 2. Johan (Kategori Inovasi Sosial Penambahbaikan), Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) Tahun 2023 3. Johan (Kategori Inovasi Sosial Penambahbaikan), Konvensyen Mini KIK, Majlis Perbandaran Klang Tahun 2023 4. Gold Award Sustainable Development Goals International Innovation Awards & Expo 2024
Status Pengkomersialan:
Aktif