Deskripsi Produk
Sistem MyMR diwujudkan untuk memudahkan penduduk dikawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang memohon permit kerja-kerja kecil.Beberapa factor utama yang menjadi pemangkin kewujudan sistem ini adalah kesukaran pemohon yang jauh dari ibu pejabat majlis untuk menghantar permohonan mereka. Selain itu, ruang pejabat yang terhad untuk penyimpanan dokumen permohonan kerja kerja kecil juga punca sistem ini diwujudkan. Permohonan atas talian mampu menjimatkan penggunaan kertas dan lebih mesra alam. Seterusnya, sistem ini juga mempercepatkan dan mempermudahkan penguatkuasa dilapangan mengakses terus kepada maklumat kerja-kerja kecil yang sedang dilakukan dengan cara mengimbas kod QR pada permit. Oleh itu, Jabatan Kawalan Bangunan berinovasi untuk mewujudkan sistem MyMR bagi menyelesaikan isu isu yang berlaku bagi kemukakan permohonan minor repair. Pemohon yang berhasrat untuk mendapatkan permit kerja kecil boleh melayari laman sesawang https://myminor.mpsepang.gov.my
Maklumat Tambahan
Status Projek:
Aktif
Punca Kewangan:
Pengurusan Atasan
Implikasi Kewangan:
In House
Pendaftaran Harta Intelek:
Hak Cipta (Copyright)
Status Pengkomersialan:
Tak Aktif