Deskripsi Produk
Kalsium hidroksida gred industri digunakan untuk membuang kekotoran dan mengurangkan “water hardness” dalam rawatan air sisa. Ia meneutralkan gas berasid seperti sulfur dioksida dan hidrogen klorida dengan murah dan berkesan. Tambahan pula, ia juga digunakan dalam rawatan air dan air sisa, pertanian, penghasilan kertas, pembinaan, dan banyak lagi. Kalsium hidroksida gred industri mendapat permintaan terbesar di sektor rawatan air dan air sisa. Inovasi ini bertujuan untuk mengurangkan sisa dengan menjadikan sisa terjadual sebagai sumber yang berguna di samping memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan 12 untuk memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan. Menurut Sasaran 12 Sasaran 12.5, penjanaan sisa akan dikurangkan menjelang 2030 melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula dan penggunaan semula. Selain itu, dengan melaksanakan pengurusan sisa berjadual, ia akan meneruskan pertumbuhan hijau untuk kemampanan dan daya tahan, seperti yang dinyatakan dalam Teras Strategik 4 Rancangan Malaysia Kesebelas. Pengeluaran ACL tidak mempunyai kesan terhadap alam sekitar, dan penggunaannya dalam rawatan air sisa akan bertahan lama. Ini memenuhi matlamat Teras Strategik 4 untuk mengguna pakai konsep penggunaan dan pengeluaran yang mampan. Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) menggalakkan amalan Circular Ekonomi seperti menggunakan semula sisa industri sebagai sumber bahan kimia alternatif. Memandangkan Malaysia mempunyai ruang tapak pelupusan yang terhad dan kos pelupusan semakin meningkat, kerajaan sedang menambah baik sistem pengurusan sisa pepejal. Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) (2020), 28% daripada buangan sisa pepejal adalah daripada rawatan dan pelepasan air sisa industri, termasuk industri pengeluaran gas asetilena. Oleh itu, penggunaan semula sisa industri sebagai bahan baharu semakin menjadi tumpuan kajian untuk mengurangkan sisa buangan yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan sampah. Hal ini telah menjadi asbab kepada terjadinya projek inovasi ini. Alkalis Carbide Lime merupakan projek yang dibuat melalui in-house dan out-house. Ini kerana produk ini diambil daripada sisa buangan syarikat penghasilan gas asetilena. Kemudian, sisa buangan tersebut disediakan melalui pengeringan, pengisaran, dan pengayakkan.
Maklumat Tambahan
Pencapaian & Pengiktirafan:
- Johan AINS Kategori Institut Pengajian Tinggi Tahun 2023 - Anugerah Khas Produk Akhir Terbaik Tahun 2023