Deskripsi Produk
Projek CoSMoS yang dihasilkan adalah berdasarkan percambahan fikiran (Brainstorming) antara kakitangan Jabatan Perancang Bandar Dan Desa, kakitangan Jabatan Dalaman Majlis Bandaraya Diraja Klang bersama Agensi-Agensi Teknikal Daerah Klang serta perkongsian pengalaman daripada penduduk Daerah Klang mengenai isu dan masalah perbandaran yang harus diselesaikan. Projek CoSMoS mensasarkan peningkatan pematuhan syarat kelulusan dan penerapan elemen rendah karbon secara fizikal di tapak sebanyak sekurang-kurangnya 70% setiap tahun. Projek ini menghasilkan impak dan kesan yang baik untuk jangka masa pendek iaitu peningkatan produktiviti elemen rendah karbon. Jumlah penjimatan kos pentadbiran, penjimatan masa, proses kerja, penyampaian perkhidmatan. Bagi mencapai sasaran, kumpulan telah menggunakan beberapa kaedah teknik design thinking dalam mengenalpasti punca masalah dan pemilihan idea. Teknik SCAMPER digunakan bagi meneliti kaedah terbaik dalam membuat keputusan untuk projek ini. Hasil projek ini telah dibuat uji cuba bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat menyelesaikan masalah. Hasilnya CoSMoS merupakan sistem digital bagi memudahkan pihak Majlis mengetahui tahap pelaksanaan elemen rendah karbon yang telah dilaksanakan, membantu pemaju membuat penandaarasan bagi mewujudkan persaingan yang proaktif.
Maklumat Tambahan
Status Projek:
Aktif
Punca Kewangan:
Pengurusan Atasan
Implikasi Kewangan:
In House
Pencapaian & Pengiktirafan:
1. Johan Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penciptaan) Konvensyen Mini KIK Majlis Bandaraya Diraja Klang Tahun 2024 2. Anugerah Khas bagi Dokumentasi Terbaik & Persembahan / Video Terbaik Konvensyen Mini KIK Majlis Bandaraya Diraja Klang Tahun 2024 3. Gold Award & Special Award Sustainable Development Goals International Innovation Awards & Expo
Status Pengkomersialan:
Aktif