*PATIENT MOVEMENT DETECTOR

N/A
Tahun 2024
Teknologi, Produk & Peralatan
Sosial

Deskripsi Produk

Insiden seperti jatuh di kalangan pesakit yang sedang menerima rawatan di mana-mana fasiliti KKM boleh mengakibatkan proses penyembuhan pesakit menjadikan keberkesanan rawatan akan terjejas seterusnya boleh mengakibatkan beban kewangan yang bertambah kepada pesakit juga kerajaan. Insiden jatuh di kalangan pesakit seringkali disebabkan oleh sikap pesakit itu sendiri yang enggan bergantung kepada bantuan anggota kesihatan untuk melaksanakan aktiviti harian seperti mandi dan ke tandas walaupun sistem penggera ‘nursing call bell’  berfungsi dengan baik bagi mendapatkan bantuan. Kecederaan serius seperti pendarahan dalaman dan retak tulang boleh berlaku akibat insiden ini sehingga turut berisiko untuk menyebabkan kematian. Alat Patient Movement Detector atau PMD dibangunkan bagi mengesan sebarang pergerakan pesakit keluar dari kerangka katil bagi mengelakkan kejadian pesakit jatuh ketika menerima rawatan di hospital. PMD membolehkan jururawat yang menjaga dapat memantau pergerakan pesakit seterusnya memberikan bantuan yang sewajarnya. Penggunaan PMD memudahkan proses pengesanan pergerakan pesakit degil dengan memberi isyarat amaran awal kepada jururawat bertugas untuk memberikan bantuan segera kepada pesakit sebelum insiden jatuh berlaku. PMD dibangunkan menggunakan empat komponen utama iaitu Infrared Proximity Censor (pengesan pergerakan), Driver Relay Module (pemproses isyarat), Power Adapter (pembekal kuasa) dan Splitter Cabel (penghubung isyarat) yang disambungkan dengan sistem ‘nursing call bell’ sedia ada. Keistimewaan alat ini ialah ia dapat mengesan pergerakan pesakit dengan tepat, peka dan cepat serta mudah dipasang di katil pesakit tanpa mengganggu keselesaan pesakit mahupun tugas rutin jururawat bertugas. PMD telah diuji cuba penggunaannya di wad pesakit dalam Institut Kanser Negara, Putrajaya. Secara keseluruhan, alat ini mudah alih, mesra pengguna, murah dan merupakan satu strategi efektif dalam menghindarkan kejadian jatuh di kalangan pesakit ketika menerima rawatan seterusnya mengurangkan kos perawatan luar jangka akibat kecederaan yang mungkin dialami pesakit kerana terjatuh.

Senarai Peserta (1)

# Nama Peranan Jawatan Status Email
1 MOHD AZIRUDIN BIN SAHHUDIN Ketua Kumpulan N/A Aktif -
1
Aktif
Nama
MOHD AZIRUDIN BIN SAHHUDIN
Peranan
Ketua Kumpulan
Jawatan
N/A

Maklumat Tambahan

Pencapaian & Pengiktirafan: Naib Johan AINS Kategori Akar Umbi Tahun 2024

Maklumat Ringkas

Nama Kumpulan: THE INCREDIBLE
Bidang Inovasi: Sosial
Tema: Teknologi, Produk & Peralatan
Tahun Penciptaan: 2024
Kategori Penyertaan: ains

Berminat dengan produk ini?

Sila isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda terhadap produk inovasi ini.


Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.