*ECG (Electrocardiogram)

Kementerian Pendidikan Malaysia
Tahun 2024
Kesihatan
Sosial

Deskripsi Produk

Elektrokardiogram (ECG) merupakan sebuah peranti perubatan yang berfungsi untuk memantau dan merekod jantung seseorang pesakit. Peranti ini menggunakan bateri sebagai sumber kuasa utama untuk mengoperasikan sistemnya. Tiga elektrod ECG akan dipasang pada badan pesakit, khususnya di kawasan sekitar jantung, bagi mendapatkan bacaan denyutan jantung yang tepat. Peranti ini mempunyai keupayaan untuk disambungkan kepada telefon pintar atau komputer melalui sambungan wayar. Setelah disambungkan, bacaan denyutan jantung akan dipaparkan dalam bentuk graf pada skrin peranti yang digunakan. Ini membolehkan doktor melihat dan menganalisis corak denyutan jantung. Selain itu, peranti ini turut dilengkapi dengan buzzer yang akan mengeluarkan bunyi amaran sekiranya terdapat sebarang kelainan dalam kadar denyutan jantung pesakit. Bunyi amaran ini berfungsi sebagai isyarat kepada pesakit supaya segera mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor. Dengan adanya sistem ini, doktor dapat memberi makluman awal kepada pesakit mengenai sebarang masalah berkaitan dengan kesihatan jantung mereka. Ia bukan sahaja membantu dalam pemantauan berterusan, malah dapat mengurangkan risiko komplikasi serius dengan memberi peringatan awal kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan

Senarai Peserta (1)

# Nama Peranan Jawatan Status Email
1 LIM YU CHEN Ketua Kumpulan N/A Aktif -
1
Aktif
Nama
LIM YU CHEN
Peranan
Ketua Kumpulan
Jawatan
N/A

Maklumat Tambahan

Pencapaian & Pengiktirafan: Johan AINS Kategori Sekolah Tahun 2024

Maklumat Ringkas

Nama Kumpulan: ISOTOPE IMAGINEERS
Bidang Inovasi: Sosial
Tema: Kesihatan
Tahun Penciptaan: 2024
Kategori Penyertaan: ains

Berminat dengan produk ini?

Sila isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda terhadap produk inovasi ini.


Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.