Deskripsi Produk
Dalam mengorak langkah sebagai bandaraya mampan yang bestari, MBSJ telah mewujudkan Pelan Strategik Subang Jaya 2020 – 2025. Pelan strategik MBSJ telah menetapkan untuk mengadakan inisiatif pengasingan sisa pepejal, pengurangan sisa/kitar semula dan meningkatkan peratus kitar semula di bawah strategi 2 iaitu menguruskan perkhidmatan kebersihan dengan berkesan. Strategi ini ditetapkan dalam Teras 3 iaitu pembangunan mampan. Pelan Strategi Subang Jaya 2020 – 2025 ini dibangunkan melalui 6 teras iaitu tadbir urus terbaik, infra dan kemudahan awam, pembangunan mampan, pembangunan sosio ekonomi, capaian pintar dan pembentukan madani. Bagi memenuhi kehendak dan keperluan Pelan Strategi Subang Jaya 2020 - 2025, MBSJ telah melaksanakan Projek Kitar Semula Sisa Kelapa Bagi Penjaja Berlesen MBSJ. Pelupusan sisa kelapa yang tidak terkawal telah menimbulkan masalah di kawasan Majlis. Longgokan sisa kelapa di tepi-tepi jalan, tanah lapang atau tong berpusat menyebabkan wujudnya hot spot sampah haram. Oleh yang demikian, Majlis mengambil inisiatif mewujudkan kaedah pengurusan sisa kelapa yang lebih efisien dengan mengitar semula sisa kelapa tersebut. Hasil inovasi ini telah berjaya mencapai matlamat dan target Jabatan seterusnya Majlis Bandaraya Subang Jaya dalam menyelesaikan aduan sampah longgok. Projek Inovasi ini juga membantu mempercepatkan proses kerja dan meninggatkan penghasilan produk cocopeat dan cocofiber. Disamping itu, projek ini telah berjaya didaftarkan sebagai harta intelek sebagai Pusat Pengurusan Sisa Kelapa Muda pada 10 Januari 2024. Outcome Penghasilan Projek telah meningkatkan penggunaan cocopeat dan cocofiber sebanyak 37% dari 300kg (Tahun 2023) kepada 416kg penggunaan di Kebun Komuniti MBSJ. Jumlah penjaja berlesen meningkat sebanyak 50% dari 14 orang penjaja kelapa muda meningkat kepada 21 orang penjaja kelapa muda berpermit. Hasil kutipan Majlis meningkat sebanyak 49% dari inovasi dihasilkan. Produk cocopeat dan cocofiber berjaya dijual dan hasil jualan meningkat dari tahun 2023 lebih 9 kali ganda pada tahun 2024. Aduan Sampah longgok berjaya dikurangkan sebanyak 124 aduan pembuangan sisa kelapa berbanding sebelum perlaksanaan inovasi di kawasan tong berpusat dan parit utama secara keseluruhan penurunan sebanyak 20%. Berdasarkan data dari Oktober 2023 sehingga September 2024 aduan sampah longgok sebanyak 490 berkurang berbanding aduan pada Oktober 2022 hingga September 2023 sebanyak 614. Impak penghasilan projek dapat meningkatkan kepuasan pelanggan sebanyak 61.23% kepuasan hati pelanggan berdasarkan kaji selidik 21 penjaja terlibat. Matlamat organisasi telah tercapai dengan pengurangan aduan sampah longgok & peningkatan hasil Majlis. Peningkatan imej organisasi juga telah tercapai dengan Pusat Pelupusan Sisa Kelapa MBSJ (Waste Eco park) telah dilawati oleh pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta bagi mendapatkan maklumat berkenaan projek CC2.0.
Maklumat Tambahan
Status Projek:
Aktif
Implikasi Kewangan:
In House
Jumlah:
RM 635,572.90
Pendaftaran Harta Intelek:
Hak Cipta (Copyright)
Pencapaian & Pengiktirafan:
1. Gold Award ICQCC 2024 2. Finalis Pertandingan Inovasi MALA 2.0 Piala YB Menteri KPKT 2024 - 2025 3. Johan KIA Kategori Penambahbaikan MBSJ 2024 4. Johan KIA Kategori Penciptaan MBSJ 2023
Status Pengkomersialan:
Aktif