Deskripsi Produk
Kajian Penambahbaikan Strategi Pengurusan Pembangunan Hybrid Off River Augmented Storage (HORAS 3000) telah dicadangkan bagi tajuk inovasi projek. Kajian ini adalah sejajar dengan agenda dan matlamat nasional dalam memastikan kelestarian sumber air, keselamatan bekalan air negara, serta sokongan terhadap pembangunan mampan. Inisiatif ini menyokong Pelan Induk Teknologi Hijau Negara dan Dasar Sumber Air Negara dengan menekankan pendekatan lestari melalui penggunaan teknologi moden, seperti sistem pemantauan pintar dan integrasi data digital, untuk meningkatkan kecekapan pengurusan air. Objektif kajian yang ditetapkan untuk menepati aspek fizikal dan reka bentuk iaitu mengkaji semula skop reka bentuk serta pembinaan Projek HORAS serta fasa - fasa pembinaan yang telah dicadangkan. Skop kajian ini meliputi: Pengumpulan data, kajian meja desk study dan analisis data yang berkaitan, seperti kajian-kajian yang terdahulu (data sekunder), menyediakan laporan dan memberikan cadangan dengan mengambil kira semua faktor faktor yang memberi kesan terhadap projek pembinaan HORAS 3000, Menjalankan kajian di lapangan 'field study' dikawasan kajian dengan membuat lawatan tapak ke kawasan kajian, Mengadakan lawatan kerja berkenaan status projek ke Syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.