*MOTORACE MONITORING SYSTEM - (MRMS)

Kementerian Pendidikan Tinggi
Tahun 2023
Keselamatan
Sosial

Deskripsi Produk

Pembangunan dan idea MRMS ini dibangunkan berdasarkan pengalaman dan masalah yang dihadapi krew pasukan sewaktu membuat pemantauan terhadap kondisi parameter kawalan pada jentera sewaktu perlumbaan. Projek ini menggabungkan hardware dan software melalui TTGP T-Call ESP32 and SIM800L GPRS Module sebagai teras litar kawalan manakala NEO-6M GPS Module digunakan sebagai alat komunikasi GPS yang menghantar isyarat dari satelit ke pengguna menerusi telefon pintar atau komputer menggunakan teknologi Internet Of Things (IOT) menggunakan aplikasi Blynk.Console dan Blynk.IOT. Aplikasi Blynk.Console mampu menyediakan elemen infografik dan data cloud storage yang merekod paramater kawalan yang diukur dari sensor yang digunakan seperti revolusi enjin (RPM), suhu enjin, voltan DC bateri , sudut (lean-angle) yang menggunakan GY-521 MPU6050 6DOF 3-Axis Gyroscope and Accelerometer Module melalui paparan graf bagi tujuan pemantauan dan analisa terhadap jentera lumba sentiasa optimum dalam perlumbaan. Penggunaan aplikasi melalui sistem android telefon pintar juga memudahkan maklumat diakses oleh krew pasukan dalam membuat persediaan terhadap sebarang kemungkinan berlaku ke atas jentera lumba pasukan dengan lebih cepat.

Senarai Peserta (1)

# Nama Peranan Jawatan Status Email
1 TS. MUZRI AFFANDI BIN JAMALUDDIN Ketua Kumpulan N/A Aktif -
1
Aktif
Nama
TS. MUZRI AFFANDI BIN JAMALUDDIN
Peranan
Ketua Kumpulan
Jawatan
N/A

Maklumat Tambahan

Pencapaian & Pengiktirafan: Naib Johan II AINS Kategori Institut Pengajian Tinggi Tahun 2023

Maklumat Ringkas

Nama Kumpulan: JTE-TRONIK
Bidang Inovasi: Sosial
Tema: Keselamatan
Tahun Penciptaan: 2023
Kategori Penyertaan: ains

Berminat dengan produk ini?

Sila isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda terhadap produk inovasi ini.


Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.