Deskripsi Produk
Projek Work Smart merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan memperkasa budaya kerja lebih cekap, inovatif, berintegriti dan berdaya saing dalam organisasi, la diwujudkan sebagai respons terhadap pelbagai kelemahan dalam amalan kerja sedia ada, seperti aliran kerja yang fidak sistematik, pertindihan tugas, kebergantungan terhadap kaedah manual dan penggunaan teknologi digital yang masih rendah. Masalah-masalah ini telah menjejaskan produktiviti, komunikasi dalaman serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam secara keseluruhannya. Sebagai usaha penambahbaikan, sistem e-Exam diperkenalkan melalui pendekatan berfasa yang meliputi pemetaan semula proses kerja, pengenalpastian titik kelemahan dan pemerkasaan warga kerja dengan kemahiran digital dan daya inovasi. Penggunaan platform digital dimanfaatkan sepenuhnya bagi mempercepatkan proses kerja, meningkatkan integriti serta memperkukuh koordinasi antara pasukan. Sesi libat urus dan perkongsian ilmu yang berterusan turut dilaksanakan bagi memastikan penerimaan dan pemahaman menyeluruh terhadap perubahan yang dibawa. Dari aspek kebolehgunaan, projek ini menunjukkan fleksibiliti yang tinggi dan boleh disesuaikan dengan pelbagai jabatan tanpa memerlukan kos yang tinggi. la juga memanfaatkan sumber sedia ada secara optimum dan disokong oleh dokumentasi serta garis panduan pelaksanaan yang lengkap. Keberkesanan projek ini dapat dilihat melalui peningkatan kecekapan masa, pengurangan beban tugas tidak produktif, menjimatkan kos pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) serta meningkatkan tahap integriti calon kakitangan baharu. Pelaksanaan e-Exam turut menyokong agenda transformasi sektor awam melalui inisiatif Smart Selangor yang menumpukan kepada digitalisasi proses, keselamatan, aksesibiliti, inovasi penilaian, penggunaan data dan tadbir urus. Selain itu, projek ini juga menyumbang secara langsung kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan memperkukuh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), di samping menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara. Secara keseluruhannya, e-Exam merupakan satu model kerja yang berimpak tinggi, praktikal dan mampan, serta mempunyai potensi besar untuk diperluaskan dalam usaha pembaharuan proses kerja ke arah sistem penyampaian yang lebih efisien, telus dan berorientasikan hasil