Deskripsi Produk
Capsule Relief Guard dihasilkan untuk memberi bantuan awal 72 jam pertama apabila sesuatu kawasan itu terputus hubungan dengan dunia luar. CRG ini mempunyai kelengkapan asas seperti WiFi, Komunikasi Internet, 30 khemah untuk 144 orang mangsa (2 dewasa 1 kanak-kanak 1 bayi) lengkap dengan tandas, khemah urus setia, lampu, kelengkapan kebersihan diri, bantal, selimut, lampin bayi, baldi, gayung, selipar dan banyak lagi kelengkapan asas yang dapat diguna pakai untuk meneruskan kehidupan harian sehingga bantuan sokongan tiba. Kapsul aluminium ini direka khas dengan ketahanan yang tinggi untuk menghadapi sebarang jenis impak sewaktu perjalanan off-road dan dilengkapi dengan lifting hoist yang mampu diangkut menggunakan helikopter dan dapat di air dropkan di kawasan bencana walaupun permukaan berair seperti kawasan banjir, kebakaran hutan, permukaan lecak, tsunami dan tanah runtuh. Dengan kemampuan tenaga solar, kapsul ini juga dapat menyediakan bekalan tenaga untuk mengecas peralatan sokongan.
Maklumat Tambahan
Status Projek:
Aktif
Pencapaian & Pengiktirafan:
Naib Johan AINS Kategori Swasta Tahun 2025