Deskripsi Produk
Ease Nasal Stick merupakan inhaler pertama di Malaysia yang berasaskan minyak pati tumbuhan yang mendapat kelulusan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ease Nasal Stick merupakan formulasi daripada Pengasas Gritz Sdn Bhd, Rita Omar, seorang Aromaterapis bertauliah IFA (UK). Ease Nasal Stick diformulasikan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah berkaitan ketagihan merokok dan juga membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti resdung, selsema, sakit tekak, batuk dan migrain. EASE Nasal Stick menggunakan minyak pati tumbuhan dari cengkih (clove), lada hitam (black pepper), pudina (peppermint) dan limau gedang (grapefruit). Minyak pati ini adalah 100% tulen TANPA campuran bahan kimia seperti Camphor dan Menthol, dan disahkan bebas dari campuran bahan kimia terlarang dan aditif oleh Makmal Inbiosis Universiti Kebangsaan Malaysia. EASE Nasal Stick mempunyai bau yang menyegarkan, tidak menyakitkan hidung dan seakan menyerupai bau tembakau yang terhasil dari minyak pati cengkih (clove) dan minyak pati lada hitam (black pepper). Kajian oleh National Library of Medicine, US mendapati bahawa ketika hiduan, ia memberikan kelegaan pada hidung, beri kesan pemanasan kepada dada dan merupakan minyak pati terbaik untuk mengurangkan symptom negatif yang berkaitan dengan ‘nicotine withdrawal’. Gritz Sdn Bhd komited dalam memastikan produk Ease Nasal Stick ini dapat membantu perokok keluar dari masalah ketagihan terhadap nikotin dan mengurangkan simptom ‘nicotine withdrawal’ semasa proses berhenti merokok atau vape.
Maklumat Tambahan
Pencapaian & Pengiktirafan:
Naib Johan AINS Kategori Swasta Tahun 2024