Deskripsi Produk
Aplikasi MPHS GO telah dicipta bagi memudahkan urusan penduduk di Hulu Selangor khusunya pelanggan MPHS. Pada awal penciptaanya, pengguna MPHS GO ini hanya boleh membuat urusan atas talian yang melibatkan urusan MPHS sahaja. Setelah menjalinkan kolaborasi bersama MPKK Kalong Tengah/ Hilir, Kumpulan telah berkongsi pandangan serta telah membuat penambahbaikan untuk menjadikan MPHS GO ini kepada aplikasi yang bersifat menyeluruh dan tidak tertumpu kepada pelanggan MPHS sahaja. Antara perkhidmatan yang akan dinikmati oleh pengguna MPHS GO adalah urusan pembayaran bil cukai taksiran, permohonan lesen perniagaan, aduan secara atas talian, tempahan dewan dan banyak lagi termasuk urusan atas talian daripada agensi yang lain. Aplikasi ini juga merupakan satu-satunya aplikasi yang menghimpunkan direktori-direktori agensi kerajaan Hulu Selangor secara offline serta lain-lain perkhidmatan atas talian seperti aduan-aduan agensi kerajaan Hulu Selangor serta lokasi pejabat agensi kerajaan tersebut. Tambahan lagi, aplikasi ini juga sering dikemaskini bagi memastikan segala inisiatif dan bantuan daripada kerajaan negeri dapat dipromosi serta disalurkan kepada penduduk Hulu Selangor melalui Iltizam Selangor Penyayang. Aplikasi ini juga secara tidak langsung telah menjadi satu aplikasi One Stop Centre yang menjadi rujukan kepada orang awam untuk berurusan.
Maklumat Tambahan
Pencapaian & Pengiktirafan:
Naib Johan I AINS Kategori Sektor Awam Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2023