Deskripsi Produk
MBSJ telah berhadapan dengan aduan sampah longgok disebabkan oleh pembuangan sisa kelapa yang berleluasa oleh penjaja kelapa yang berpermit dan tidak berpermit. Mereka tidak tahu bagaimana untuk melupuskan sampah mereka. Longgokan sisa kelapa yang tidak terkawal di tepi-tepi jalan atau tong berpusat telah menimbulkan masalah di kawasan Majlis dan menyebabkan wujudnya hot spot sampah haram.
Oleh yang demikian, Majlis mengambil inisiatif m ewujudkan kaedah pengurusan sisa kelapa yang lebih efisien dengan mengitar semula sisa kelapa tersebut. Oleh itu, satu inovasi yang bertajuk: Pengurusan Sampah Sisa Kelapa Dalam Menyelesaikan Masalah Aduan Sampah Longgok Penjaja Berlesen (Cococrush).
Hasil inovasi ini telah berjaya mencapai matlamat dan target Jabatan seterusnya Majlis Bandaraya Subang Jaya dalam m enyelesaikan aduan sampah longgok. Projek Inovasi ini juga telah mewujudkan satu tempat khas pemperosesan sisa kelapa muda (Waste Eco Park)yang bertempat di J alan TS 6/10, dan m enghasilkan p roduk baru iaitu cocopeat dan cocofiber.