Deskripsi Produk
Kumpulan Work Smart telah membina sebuah sistem peperiksaan atas talian yang diberi nama e-Exam bagi melancarkan urusan peperiksaan di MPKS. E-Exam mula diwujudkan pada tahun 2020 yang merupakan versi pertama inovasi ini. Pada tahun 2022 kumpulan Work Smart melakukan penambahbaikan dan merupakan versi yang kedua e-Exam 2.0. Setelah melaksanakan peperiksaan mengunakan e-Exam 2.0 pihak MPKS masih mengalami beberapa masalah, oleh kerana itu tercipta lah versi yang ketiga pada tahun 2023. Inovasi ini menyelesaikan isu kesukaran mengenal pasti calon yang menduduki peperiksaan atas talian dan tidak dapat menghalang calon peperiksaan untuk membuka/menukar tab lain dengan: 1)Mengaktifkan fungsi mengakses kamera web calon peperiksaan. 2)Melihat laporan aktiviti calon peperiksaan, laporan tersebut menyatakan berapa kali dan tempoh masa calon membuka/menukar tab lain. 3)Mengaktifkan fungsi mengesan sekiranya calon peperiksaan tidak membuka skrin penuh. Jika calon tidak membuka skrin penuh, skrin calon secara automatik akan menjadi kabur. Dengan terhasilnya produk inovasi ini, dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak MPKS dalam memastikan calon sebenar yang menduduki peperiksaan. Selain itu, produk inovasi ini juga mampu menghalang calon peperiksaan untuk membuka/menukar tab lain yang membolehkan calon mencari jawapan peperiksaan.