*BEETHOVEN LIGHT - MENINGKATKAN PEMATUHAN ARAHAN PERNAFASAN BAGI MENAMBAHBAIK KUALITI IMEJ MRI JANTUNG TERHADAP PESAKIT YANG MEMPUNYAI MASALAH PENDENGARAN

Hospital Al Sultan Abdullah UiTM
Tahun 2023
Kesihatan
Sosial

Deskripsi Produk

Magnetic Resonance Imaging (MRI) jantung merupakan pemeriksaan yang dilakukan untuk mendiagnosis dan menganalisis struktur dan fungsi jantung serta penyakit berkaitan. Semasa proses penghasilan imej jantung dalam MRI; pesakit diperlukan untuk mengikuti arahan pernafasan berulang. Bagi menghasilkan gambar atau imej jantung yang terbaik, pesakit perlu mengikuti arahan pernafasan dan perlu menahan nafas selama 10 hingga ke 15 saat. Namun yang demikian, tidak semua pesakit boleh menuruti arahan pernafasan dengan baik berikutan daripada beberapa kekangan dalam berkomunikasi termasuklah pesakit yang mempunyai masalah pendengaran, warga emas dan bahasa asing. Ini menyebabkan mutu imej MRI jantung tidak optimum malah kadang kala imej yang dihasilkan tidak dapat diterima langsung oleh pakar jantung dan radiologi dalam menilai sebarang penyakit berkaitan jantung pesakit sekaligus menyukarkan proses rawatan dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan kematian jika lambat menerima rawatan yang sewajarnya. Menyedari masalah-masalah seperti di atas, kumpulan Beethoven Project telah mengambil satu inisiatif untuk menghasilkan satu alat yang mampu membantu para pesakit untuk 'mendengar' dengan lebih baik yang dinamakan Beethoven Light. Berkonsepkan lampu isyarat pejalan kaki; hijau (boleh bernafas) dan merah (berhenti bernafas), ianya amat mudah difahami oleh pesakit. Hasilnya pesakit bukan sahaja dapat 'mendengar' arahan dengan lebih jelas, bahkan mutu kualiti imej MRI jantung yang dihasilkan juga amat baik dan dapat membantu dalam diagnosis penyakit berkaitan jantung pesakit disertai dengan manfaat yang lain.

Senarai Peserta (1)

# Nama Peranan Jawatan Status Email
1 NIK NUR QAHIRAH BINTI YAHYA Ketua Kumpulan N/A Aktif -
1
Aktif
Nama
NIK NUR QAHIRAH BINTI YAHYA
Peranan
Ketua Kumpulan
Jawatan
N/A

Maklumat Tambahan

Pencapaian & Pengiktirafan: Naib Johan I AINS Kategori Sektor Awam (Agensi Selain PBT dan PDT) Tahun 2023

Maklumat Ringkas

Nama Kumpulan: BEETHOVEN PROJECT
Bidang Inovasi: Sosial
Tema: Kesihatan
Tahun Penciptaan: 2023
Kategori Penyertaan: ains

Berminat dengan produk ini?

Sila isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda terhadap produk inovasi ini.


Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.