Deskripsi Produk
Penghasilan projek Manual Permohonan Kebenaran Merancang "Fast Track" Industri merupakan cetusan idea Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang berkenaan isu kelewatan memproses Permohonan Kebenaran Merancang di kawasan industri. Punca masalah utama adalah kelewatan untuk mendapatkan ulasan daripada 12 agensi teknikal sebelum permohonan Kebenaran Merancang industri diproses. Sesi 'Brainstorming' diadakan bagi membincangkan bagi mencari penyelesaian yang berkesan. Projek inovasi Manual Permohonan Kebenaran Merancang "Fast Track" Industri selaras dengan fungsi selaras dengan fungsi jabatan-jabatan Majlis Bandaraya Diraja Klang di dalam menambahbaik dan meningkatkan mutu kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada para pelanggan. Projek ini juga akan meningkatkan dan memberi nafas baru kepada perkembangan hala tuju industri di Daerah Klang, peringkat negeri dan peringkat negara di dalam memastikan pertumbuhan ekonomi kukuh dan stabil dengan peningkatan kemasukan pelabur/ pemain industri dari dalam negara atau luar negara
Maklumat Tambahan
Status Projek:
Aktif
Punca Kewangan:
Pengurusan Atasan
Implikasi Kewangan:
In House
Pendaftaran Harta Intelek:
Hak Cipta (Copyright)
Pencapaian & Pengiktirafan:
1. Johan Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan) Konvensyen Mini KIK Majlis Bandaraya Diraja Klang 2. Naib Johan Ains-SA (Trek Ekonomi) Anugerah Inovasi Negeri Selangor Tahun 2024 3. Gold Award & Special Award Sustainable Development Goals International Innovation Awards & Expo 4. Gold Award Invention, Innovation & Design Exposition 2024
Status Pengkomersialan:
Aktif