Deskripsi Produk
Projek ini bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam pengurusan dokumen berkaitan prosedur-prosedur ISO yang meliputi QMS (Quality Management System), ABMS (Anti-Bribery Management System), dan ISMS (Information Security Management System). Antara isu utama yang dikenalpasti ialah kesukaran dalam mengemaskini, menyimpan, dan mengakses dokumen prosedur secara bersepadu dan efisien. SMART Q diperkenalkan sebagai satu penyelesaian digital yang berfungsi sebagai platform pintar untuk pengurusan prosedur ISO secara integrasi. Sistem ini membolehkan proses kemaskini dilakukan secara masa nyata (real-time), storan dokumen secara sistematik dan selamat, serta capaian maklumat yang lebih mudah oleh semua jabatan yang berkaitan. Pelaksanaan projek ini selaras dengan Pelan Strategik MBSA, khususnya: Teraju Tadbir Urus yang Baik dan Integriti (Strategik 2) – Meningkatkan pematuhan kepada sistem pengurusan antirasuah dan keselamatan maklumat; Pengukuhan Sistem Penyampaian Perkhidmatan (Strategik 3) – Mempertingkat kecekapan pentadbiran dan pengurusan dokumen bagi menyokong proses kerja yang lebih sistematik; Pendigitalan Perkhidmatan Bandar Raya (Strategik 4) – Menyokong transformasi digital dalam pengurusan operasi dalaman melalui sistem bersepadu SMART Q. Melalui projek ini, MBSA menyasarkan: Mempertingkatkan kecekapan pengurusan dokumen ISO; Mengurangkan kebergantungan kepada sistem manual dan fail fizikal; Meningkatkan pematuhan kepada keperluan audit dalaman dan luaran; Mewujudkan satu sistem integrasi yang menyokong pelbagai piawaian pengurusan kualiti, antirasuah, dan keselamatan maklumat secara serentak.