Deskripsi Produk
SPKB adalah singkatan kepada Sistem Penguatkuasaan Bersepadu. Ianya diilhamkan oleh Jabatan Penguatkuasaan yang diadaptasi dari Prosedur Pengurusan Kompaun (sistem pengurusan kompaun yang dilaksanakan secara manual – Rujukan: PRO/MPHS/UTAMA/PK(K)/PPK-01 (MS ISO 9001: 2015) yang mana pelaksanaan pengurusan kompaun secara manual iaitu menjalankan tugas penguatkuasaan menggunakan kaedah buku kompaun / notis kesalahan / kompaun yang berkaitan penguatkuasaan kesalahan/Peraturan & Undang-Undang / Akta serta Enakmen yang digunapakai oleh MPHS. Pada akhir tahun 2021, Pengurusan tertinggi Jabatan Penguatkuasaan mula memikirkan dan mengkaji untuk menambahbaik modul ini bagi memudahkan dan meringankan beban anggota semasa bertugas di lapangan. Hasil dari perbincangan tersebut, pengurusan berjaya mengilhamkan satu modul pengurusan kompaun berinovatif dengan menjalinkan kerjasama (‘Smart Collaboration) dengan pihak pembekal iaitu ELIX Solution Sdn. Bhd yang membekal dan bertindak sebagai perunding bagi modul ini. Setelah hampir 6 bulan membangunkan modul ini dengan idea-idea asal dari ahli kumpulan, pada April 2022 Jabatan Penguatkuasaan telah memulakan penggunaan modul ini dengan memberikan latihan kepada anggota di lapangan. Modul ini digunakan sepenuhnya pada bulan Jun 2022 dengan pelbagai tambahan modul yang lain seperti pemeriksaan premis, sitaan & tunda dan pendakwaan. Bagi keberkesanan modul ini, Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama pihak pembekal, memperluaskan penggunaan sistem SPKB ini ke jabatan teknikal MPHS seperti Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam bagi memudahkan pengeluaran kompaun / notis yang berkaitan penguatkuasaan kesalahan / Peraturan & Undang-Undang / Akta serta Enakmen yang digunapakai oleh MPHS.