Deskripsi Produk
Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB) merupakan inisiatif digital yang dibangunkan oleh Jabatan Penguatkuasaan, MPHS, untuk menyelaras dan menyatukan pelbagai data penguatkuasaan di bawah satu platform utama. Sistem ini berfungsi sebagai sistem operasi penguatkuasaan harian dan data staging platform, iaitu perantara bagi pengumpulan, penyimpanan sementara, pembersihan dan penyelarasan data sebelum dihantar ke sistem utama analitik atau pelaporan. Sebelum pelaksanaan SPKB, proses penguatkuasaan banyak bergantung kepada kaedah manual seperti buku notis/kompaun, penyimpanan data secara fizikal, dan penyediaan laporan secara manual yang memakan masa. Kekangan ini memberi kesan kepada keberkesanan operasi, pemantauan prestasi anggota, dan capaian maklumat oleh pihak pengurusan.
Maklumat Tambahan
Status Projek:
Aktif
Pendaftaran Harta Intelek:
Paten (Patent)
Pencapaian & Pengiktirafan:
Kutipan hasil menunjukkan peningkatan sebanyak RM616,660 pada tahun 2023 (tahun pertama) selepas penggunaan SPKB, dan terus meningkat kepada RM2.17 juta pada tahun 2024.
Status Pengkomersialan:
Aktif
Tahun Komersial:
2025
Syarikat Komersial:
Elix Solution Sdn. Bhd