PJ WATCH URBAN LITTER SURVEILLANCE ENGINE (PULSE)

Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tahun 2026
Alam Sekitar
Penyampaian Perkhidmatan

Deskripsi Produk

Projek PJ Watch merupakan satu projek inovasi pengurusan sampah haram yang dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menangani isu pembuangan sampah haram secara lebih strategik, bersepadu dan mampan. Projek ini menggabungkan penggunaan teknologi pemantauan, penguatkuasaan berasaskan bukti digital, pengurusan operasi pembersihan serta pendidikan komuniti dalam satu ekosistem yang saling melengkapi.

Sebagai komponen utama projek, PJ Watch Urban Litter Surveillance Engine (PULSE) berfungsi sebagai platform pintar yang menukarkan data pemantauan lapangan dan rakaman CCTV kepada maklumat tindakan. Sistem ini membolehkan pengesanan hotspot sampah haram, penjanaan laporan kes, pemantauan status tindakan penguatkuasaan serta penyelarasan operasi pembersihan secara lebih cekap dan berkesan.

Bagi memperkukuhkan keberkesanan pemantauan pembuangan sampah haram, projek PJ Watch turut memperkenalkan komponen modul kamera tambahan pada CCTV Mobile Portable Observation Device (MPOD). Konfigurasi ini meningkatkan kadar pautan (linkage) antara imej rakaman daripada CCTV dan maklumat identiti sebenar pelaku individu seperti kedudukan rumah dan alamat bagi mengelakkan siasatan penguatkuasaan terhenti tanpa sebarang jejak lanjut (dead end).

Projek PJ Watch dilaksanakan melalui empat lapisan intervensi yang saling menyokong, iaitu pencegahan, pengukuhan penguatkuasaan, pembersihan dan pemantauan prestasi, serta pendidikan jangka panjang dan pemerkasaan komuniti. Pendekatan ini membolehkan tindakan bukan sahaja tertumpu kepada penguatkuasaan, malah turut menangani punca tingkah laku yang menyumbang kepada masalah sampah haram.

Melalui integrasi teknologi, sistem pengurusan data, inovasi perkakasan dan penglibatan komuniti, PJ Watch berupaya meningkatkan keberkesanan pengesanan kes, mempercepatkan tindakan operasi, mengoptimumkan penggunaan sumber manusia serta menyokong usaha mewujudkan persekitaran bandar yang lebih bersih, selamat dan lestari demi kesejahteraan rakyat Negeri Selangor.

Senarai Peserta (2)

# Nama Peranan Jawatan Status Email
1 Afiqah binti Ahmad Ahli - Aktif -
2 Ts. Mohd Haziq bin E’ajis Ahli - Aktif -
1
Aktif
Nama
Afiqah binti Ahmad
Peranan
Ahli
2
Aktif
Nama
Ts. Mohd Haziq bin E’ajis
Peranan
Ahli

Maklumat Tambahan

Status Projek: Aktif

Maklumat Ringkas

Nama Kumpulan: PJ WATCH
Jenis Kumpulan: Primer
Bidang Inovasi: Penyampaian Perkhidmatan
Tema: Alam Sekitar
Kategori Inovasi: Penciptaan
Tahun Penciptaan: 2026
Dicipta oleh: admin
Kategori Penyertaan: ains

Berminat dengan produk ini?

Sila isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda terhadap produk inovasi ini.

ο»Ώ
Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.