Deskripsi Produk
KIUB TAMPALPLAST (Kit Tampalan Kecemasan Jalan Berlubang Berasaskan Bahan Kitar Semula) merupakan inovasi berkonsepkan Trash-to-Treasure yang menghasilkan kit tampalan kecemasan sementara bagi jalan berlubang kecil menggunakan bahan kitar semula seperti banner PVC terpakai, plastik terpakai, habuk asahan pensel dan minyak masak terpakai. Inovasi ini dibangunkan sebagai penyelesaian awal yang mudah digunakan sementara menunggu kerja pembaikan rasmi, di samping mengurangkan sisa pepejal dan menyokong amalan ekonomi kitaran. KIUB TAMPALPLAST turut memupuk budaya STEM, meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar serta menyumbang kepada keselamatan pengguna jalan raya melalui pendekatan inovatif yang kos efektif dan berpotensi diperluaskan kepada sekolah serta komuniti.