Deskripsi Produk
Modul Komuniti Dan Bandar Berdaya Tahan Bencana akan dapat memberikan ilmu pengetahuan, pendedahan dan kesedaran kepada komuniti di samping peranan yang dimainkan bersama pihak berkuasa dan agensi-agensi kerajaan dalam menghadapi risiko bencana yang melanda.
Sebelum inovasi ini dihasilkan, masyarakat kurang peka, tiada ilmu pengetahuan dan kurang berpengalaman mengenai risiko bencana yang akan melanda sesuatu kawasan berdasarkan ketidakarifan mengenai struktur geografi sesuatu kawasan, jenis risiko bencana yang akan dihadapi, saluran bantuan selain dari bantuan kecemasan asas sedia ada, jenis perlindungan sementara yang disediakan dan kesan yang akan berlaku selepas bencana.
Apabila berdepan sesuatu risiko bencana, masyarakat akan menjadi mudah panik dan hilang pertimbangan dalam menanganinya di peringkat awal. Keadaan ini akan menzahirkan beberapa kesan negatif seperti perbalahan sesama masyarakat, menyalahkan pihak kerajaan atau pihak berkuasa, menyalahkan projek pembangunan, kerosakan harta benda, kerugian wang ringgit dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Agensi kerajaan juga menghadapi masalah dalam menjalankan tugas-tugas misi menyelamat terutamanya apabila risiko bencana itu melibatkan skala yang lebih besar dan perimeter yang lebih luas. Perlunya kordinasi dan komunikasi yang efeftif antara agensi dalam misi pengurusan bencana untuk menangani setiap risiko bencana yang melanda.