Deskripsi Produk
Projek Mewujudkan Pj Eco Recycling Plaza Sebagai Pusat Kecemerlangan Kelestarian Alam Sekitar Kepada Komuniti Menerusi Perkongsian Sosial.
Di kawasan pentadbiran Petaling Jaya, terdapat lambakan barangan terpakai dan ketiadaan tempat pengumpulan bagi barangan tersebut. Berpunca dari masalah tersebut, maka wujudlah tempat - tempat pembuangan sampah haram yang telah mengakibatkan masalah kebersihan dan juga menjadi tempat pembiakan haiwan perosak dan juga haiwan berbisa.
Sehubungan itu, sebagai sebuah inisiatif simbolik di bawah konsep Ekonomi Kitaran untuk membangunkan Petaling Jaya menjadi pintar, mampan dan berdaya tahan menjelang 2030, dalam menangani masalah ketiadaan atau kekurangan aktiviti, program Communication Education Public awareness (CEPA) berkaitan kitar semula di Petaling Jaya dan menjadikan PJ Eco Recycling Plaza (PJERP) sebagai Pusat Kecemerlangan Kelestarian Alam Sekitar kepada Komuniti Menerusi Perkongsian.
Sebuah pusat membeli-belah di Sweden iaitu ReTuna Shoping Mall dijadikan sebagai penanda aras kepada projek ini.
Maklumat Tambahan
Pencapaian & Pengiktirafan:
"- Johan MPIPANS Kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan) Tahun 2025
- Projek Inovasi Terbaik (Hibrid) MPIPANS Tahun 2025"