Deskripsi Produk
Hasil inovasi ini adalah Sistem Manuver Pesawat untuk Latihan (Aircraft Manoeuvring System for Training), sebuah alat demonstrasi interaktif yang direka untuk membantu pelajar memahami pergerakan pesawat dan fungsi autopilot dengan lebih baik. Sistem ini terdiri daripada model pesawat yang dipasang pada platform yang membolehkan pergerakan dalam tiga paksi utama:
• Pitch (Dongakan): Pergerakan pesawat ke atas atau ke bawah pada paksi melintang.
• Yaw (Olengan): Pergerakan pesawat ke kiri atau ke kanan pada paksi menegak.
• Roll (Gulingan): Pergerakan pesawat memiringkan sayap ke kiri atau ke kanan pada paksi membujur.
Sistem ini dikawal oleh mikropengawal Arduino UNO R3, yang membolehkan pensyarah memanipulasi pergerakan pesawat dan menunjukkan bagaimana perubahan dalam kawalan pesawat (seperti aileron, elevator, dan rudder) mempengaruhi sikap dan arah pesawat. Selain itu, sistem ini juga dapat menunjukkan fungsi autopilot seperti Heading Hold (mengekalkan arah) dan Altitude Hold (mengekalkan ketinggian). Dengan menggunakan sistem ini, pensyarah dapat memberikan demonstrasi visual yang jelas dan interaktif yang membantu pelajar memahami konsep-konsep penerbangan dengan Iebih mudah dan berkesan.