Deskripsi Produk
Salah satu fungsi SWCorp adalah melaksanakan, menggalakkan penyertaan dan mempertingkatkan kesedaran orang awam mengenai program kesedaran dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (PSPA) Justeru itu, tercetus idea untuk menghasilkan platform perkongsian makanan yang diberi nama REshare bagi menggalakkan perkongsian makanan yang berlebihan agar penjanaan sisa di tapak pelupusan dapat dikurangkan.
Sisa makanan adalah komposisi sisa yang terbesar yang dibuang di tapak pelupusan. Pada tahun 2022, sisa makanan menyumbang sebanyak 40% dari komposisi sisa pepejal di tapak pelupusan manakala pada tahun 2023 pula didapati sisa makanan menyumbang sebanyak 35.45% bersamaan dengan 86,766.29 tan daripada keseluruhan 244,756.82 tan sisa pepejal yang dilupuskan. Lebih malang dari keseluruhan sisa makanan yang dibuang itu, dianggarkan sebanyak 30% sisa makanan sebenarnya boleh dielakkan daripada dibuang ke tapak pelupusan iaitu bersamaan dengan 26,029.89 tan. Melalui tinjauan mendapati, jenis makanan yang sering dibuang walaupun masih boleh dimakan adalah makanan yang telah slap dimasak (nasi, kuih-muih, lauk-pauk), makanan segar dari tumbuh-tumbuhan (sayur-sayuran, buah-buahan), makanan segera (ayam goreng, burger, piza), makanan segera diproses (mi segera, makanan dalam tin, sosej, nuget) dan makanan segar dari pada haiwan (ayam, ikan, daging).
Maklumat Tambahan
Status Projek:
Aktif
Punca Kewangan:
Sendiri
Implikasi Kewangan:
Rendah
Status Pengkomersialan:
Tidak Aktif