7. CIP Spark - CRADLE

CIP SPARK adalah pembiayaan dalam bentuk geran bersyarat untuk membantu usahawan peringkat awal membangunkan dan mengkomersialkan produk mereka. Penerima CIP SPARK disokong dengan peluang rangkaian perniagaan dan perkhidmatan tambah nilai lain yang akan membantu memupuk, membangunkan dan menyediakan mereka dengan pembangunan model perniagaan, kemahiran pengesahan pasaran dan akses pasaran. 

Kelayakan Asas:

Individu:

  • Minimum 2 individu dalam satu pasukan (sekurang-kurangnya 1 warganegara Malaysia).

  • Minimum 1 individu yang menetap di Malaysia (warganegara Malaysia / bukan warganegara Malaysia). 

Syarikat (LLP, ENTERPRISE & SDN BHD):

  • Bagi < 51% milik rakyat Malaysia, pekerja majoriti mestilah warganegara Malaysia.

  • < 5 tahun diperbadankan.

  • Hasil terkumpul < RM3 juta.
    - Bagi syarikat > 18 bulan dari tarikh pemerbadanan, pengesahan hasil adalah berdasarkan Akaun Diaudit.

  • Mempunyai hak IP. 

    - Untuk IP Berlesen: 

    • Perjanjian Eksklusif yang sah dengan Sdn Bhd yang memohon sebagai pemegang lesen 
    • Tempoh Pelesenan boleh diperbaharui tahunan (semasa tempoh pembiayaan) 
  • Tiada syarikat lain memegang 25% atau lebih.
  • Tiada keperluan modal berbayar.

Pautan Maklumat Lanjut:

Dikemaskini: 08 October 2025, 19:30
Kongsi:

Install App!

Pasang aplikasi Hab Inovasi untuk pengalaman yang lebih baik.