3. MyIS Akar Umbi (MaGRIs) - YIM
Program Malaysia Inovasi Sosial (MyIS) Akar Umbi (MaGRIs) bertujuan mempertingkatkan usaha pembangunan dan pengkomersialan inovasi akar umbi merangkumi penyediaan peluang pembinaan kapasiti kepada inovator akar umbi tempatan. Program ini menambah nilai produk inovasi daripada pembangunan prototaip kepada pra-pengkomersialan.
- Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur dari 18 tahun dan ke atas; secara Individu atau Berkumpulan.
- Inovasi tersebut mesti memenuhi definisi “Inovasi Akar Umbi” yang ditetapkan seperti di bawah:
-
- Produk atau perkhidmatan inovasi yang dibangunkan mestilah bertujuan untuk memenuhi keperluan asas serta mengatasi kesusahan dan cabaran hidup bagi golongan berpendapatan rendah, ATAU
- Inovasi diterajui komuniti yang berpendapatan rendah untuk mencapai kelestarian hidup yang sering mengalami kesukaran untuk berkembang luas ke pasaran-pasaran lain.
- Produk inovasi perlulah berada diantara TRL 3 – TRL 6.
- Inovasi yang mempunyai nilai tinggi, berimpak positif dan menyumbang kearah kesejahteraan golongan berpendapatan rendah akan diberi keutamaan.
- Inovasi yang dipertandingkan merupakan Idea asal atau penambahbaikan daripada inovasi sedia ada.
- Inovasi yang disertakan mesti telah mencapai fasa protataip (hampir siap) atau siap dibangunkan. Setiap penyertaan harus dilengkapkan dengan maklumat yang mencukupi untuk memudahkan proses pemilihan.
- Inovasi terpilih oleh Jawatankuasa Penilaian MaGRIs akan diberi bimbingan dan sokongan pembangunan ke tahap pra-pengkomersialan, seterusnya dilengkapi dengan pelan perniagaan strategik (tertakluk kepada kebolehlaksanaan).
- Semua peserta terpilih mesti bersetuju mengambil bahagian dan melengkapkan keseluruhan program serta memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
- Keputusan Jawatankuasa Penilaian MaGRIs adalah muktamad.
Pautan Maklumat Lanjut: